Dec 10, 2011

Apabila Azan memanggil.

Satu ketika dahulu apabila azan memanggil aku buat tidak tahu sahaja. Aku hormat Azan. Aku jawab Azan tetapi aku ignore segala isi kandungan Azan itu. Azan mengajak aku bersolat, aku lebih suka duduk di kedai kopi hisap rokok bersembang dengan teman-teman aku. Jika tidak, aku tidur sahaja.

Ketika Azan memanggil, aku memekakkan telinga dan jiwa aku daripada seruan Allah SWT. Aku memekakkan telinga dan jiwa aku dari Tuhan aku sendiri.

Mungkin aku rasa seperti mahu hidup selama lamanya. Mungkin aku rasa mati itu tak mungkin datang menjemputku. Mungkin aku rasa aku lebih berkuasa menentukan hidup aku dari pencipta aku sendiri.

Aku lupa diri, aku lupa tuhan aku, aku lupa Rasul aku, aku lupa agama aku, aku lupa segala ajaran ibu bapa aku.

Apabila agama aku diperli atau dihina oleh sesiapa di luar sana aku pantas melawan balik. Aku pantas bangun seolah olah aku ini lah pelindung agama suci Allah SWT ini. Akan tetapi, tatkala aku melalui sebuah masjid yang sedang melaungkan azan, aku hanya lalu tanpa memperdulikan isi kandungan azan itu.

Baru aku sedar. Yang membinasakan agama aku bukan penghina, pencacai macai bagai di luar sana. Yang membinasakan agama aku adalah aku sendiri.

Dalam perjalanan balik dari Melaka ke Kuala Lumpur, aku bersembang dengan bapa ku. Tiba-tiba aku tanya dia mengenai kekayaan dunia. Dia tanpa menoleh ke arah aku, menjawab aku dengan sepotong ayat sahaja:

"Semua ini adalah sementara. Tolong jangan lupa"

Aku pembinasa agama Allah SWT di dunia ini. Aku meruntuhkan tiang-tiang agama. Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur itu, aku rasa Tuhan ku yang Maha Esa telah menyentuh hati aku. Mulai hari itu, aku tidak lagi meninggalkan solat.

Ya Allah, ampunkan hamba mu ini ,aku tidak akan meninggalkan agama aku lagi. Aku takkan ignore seruan Azan.

 Aku tidak ingin menjadi pemusnah agama ku, aku tidak ingin menjadi seorang hero di dunia tetapi seorang hamba hina yang disiksa, dipijak di siat kulitnya di api neraka.

Bagi yang menanya tentang sebab aku post entry ini, sebabnya simple sahaja. Aku perlu ingatkan diri aku serta orang lain di dunia ini supaya jangan lupakan Allah SWT kerana ajal maut bukan di tangan kita. Jika ada yang terdetik nak berubah apabila baca entry ini, Alhamdulillah, tujuan aku telah sempurna.

لا إله إلا الله محمد رسول الله

2 comments: