Jauh melebihi pemandangan terindah di alam fana
Jauh melebihi puisi terindah di dunia
Jauh melebihi segala pemandangan dilihat mata
Jauh melebihi segala yang mampu ditulis pena
Tiada yang mampu menandingi
Tiada yang mampu mengalahi
Samada hari ini, esok atau berabad lagi
Keindahan keagungan ciptaan Ilahi
Tiadakah kau tahu
Tanyalah segala tuan si hamba
Tiada keindahan di dunia ini yang mampu
Mengalahi kecantikan seorang wanita.
No comments:
Post a Comment